Friday, September 24, 2010

National symbol- Hibiscus

 Hibiscus rosa-sinensis is the national flower of Malaysia, called Bunga Raya in Malay. 

Introduced into the Malay Peninsula in the 12th Century, it was nominated as the national flower in the year 1958 by the Ministry of Agriculture amongst a few other flowers, namely ylang ylang, jasmine, lotus, rose, magnolia, and bunga tanjung. On 28 July 1960, it was declared by the government of Malaysia that the hibiscus would be the national flower.



The word bunga in Malay means "flower", whilst raya in Malay means "celebration". The hibiscus is literally known as the "celebration flower" in Malay. The red of the petals symbolizes the courage, life, and rapid growth of the Malaysian, and the five petals represent the five Rukun Negara of Malaysia. The flower can be found imprinted on the notes and coins of the Malaysian ringgit.


 it's beautiful and meaningful, right? =)

Wednesday, September 22, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke-53 6

I gathered a number of photos of people celebrating Malaysia's 53th Independent Day for you all. Enjoy it. =)

















Have a nice day. ^^ MERDEKA!

Sambutan Kemerdekaan ke-53 5

Penduduk Kampung Pagi jayakan sambutan hari kemerdekaan negara



IBU bapa, murid-murid bersama guru tadika, Siti Esah Salleh (belakang, dua dari kanan) menunjukkan Jalur Gemilang dalam pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Kampung Pagi, Jerantut, baru-baru ini.




JERANTUT 13 Sept. - Ibu bapa dan ahli jawatankuasa Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Pagi, dekat sini menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-53 di tadika kampung berkenaan baru-baru ini.

Bagi menzahirkan nilai patriotisme dan menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan seramai 15 pasangan ibu-bapa dan ahli jawatakuasa tadika berkenaan bersama murid tadika mengadakan acara mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai pertandingan mewarna bendera Malaysia.

Mereka juga beramai-ramai menyanyi lagu patriotik Lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Bahtera Merdeka bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Guru Tadika Kemas Kampung Pagi, Siti Esah Salleh, 36, berkata, program itu bertujuan memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan membabitkan penyertaan ibu bapa dan ahli jawatankuasa berkenaan.

''Walaupun tadika itu hanya mempunyai tiga orang murid sahaja, tetapi ibu bapa yang tidak mempunyai anak turut menyemarakkan sambutan itu dan menyertai pertandingan mewarna Jalur Gemilang," katanya di Kampung Pagi, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Siti Esah, penyertaan ibu bapa membuktikan semangat patriotisme dan menterjemahkan nilai murni untuk diteladani oleh anak masing-masing.

Katanya, sambutan itu membuktikan penduduk pedalaman Hulu Tembeling di daerah ini mampu meniupkan semangat kesetiaan dan nilai jati diri kepada negara dan pemimpin.

Sementara itu, dalam pertandingan mewarna Jalur Gemilang kategori ibu bapa, tempat pertama dimenangi oleh Rozita Mohamad diikuti Rosidah Yusoff (kedua) dan Kamariah Karim (ketiga).

Sementara itu, kategori murid tadika pula dimenangi Nornisa Afrina Razak diikuti Adam Hakimi Abd Ghani (kedua) dan Norlia Uzman Wan Chik (ketiga).

Para pemenang menerima hadiah hamper makanan dan peralatan belajar.

From Utusan Malaysia


Tuesday, September 21, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke-53 4

Pameran semarakkan semangat patriotisme di RTM



Ibrahim Yahaya (tiga dari kanan) bersama ahli Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di bilik konti radio yang pernah digunakan pada tahun 1967 di Angkasapuri, semalam.




KUALA LUMPUR 23 Ogos - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyemarakkan semangat patriotisme warga kerjanya sepanjang Bulan Kemerdekaan ini dengan mengadakan Pameran Sambutan Kemerdekaan Ke-53 di pekarangan Muzium RTM di sini bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.

Pameran bertujuan mengenang jasa pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh negara yang telah berjuang demi mempertahankan ibu pertiwi dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Dalam ucapannya, beliau berharap pameran itu akan menanam semangat cintakan negara dalam diri warga RTM dengan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa bersejarah ketika negara mencapai kemerdekaan.

"Warga RTM yang melawat pameran ini juga berpeluang melihat alat-alat dan teknologi RTM yang digunakan pada masa dahulu," katanya.

Ibrahim berkata, kehadiran veteran-veteran RTM pada majlis itu adalah sesuatu yang istimewa kerana mereka berjuang bersama RTM dalam menyampaikan maklumat kemerdekaan kepada masyarakat menerusi radio dan televisyen.

"Warga RTM dapat melihat perjuangan agensi ini dalam merealisasikan dasar kerajaan dengan mengunjungi pameran ini.

"RTM sentiasa dipandang tinggi sebagai peneraju terulung dalam bidang penyiaran oleh masyarakat kerana menyampaikan mesej kerajaan dengan berkesan dan tepat," ujarnya.

Tambah beliau, masyarakat perlu menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada. Walaupun ini adalah sumbangan yang kecil, namun ia memberi penghayatan yang mendalam mengenai kemerdekaan.

"Selain itu, pameran ini turut memaparkan perkembangan RTM dalam memberi kesedaran mengenai kemerdekaan kepada masyarakat melalui media," tegasnya.

Katanya, banyak program mengenai kemerdekaan akan dianjurkan oleh RTM selaras dengan usaha kerajaan menjana pembangunan modal insan yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

From Utusan Malaysia


Monday, September 20, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke-53 3

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 janji keunikan

Raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53
di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini menjanjikan persembahan unik berbanding tahun-tahun sebelumnya menerusi penggunaan formasi cahaya serta imej yang menggambarkan semangat 1Malaysia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, walaupun sambutan kali ini diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, namun semua persembahan berupaya menerapkan pengertian dan mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat.




Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan Ke-53 memberitahu, antara mesej berkenaan berkaitan pengertian 1Malaysia serta perkara-perkara yang perlu difahami rakyat seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan.
''Kira-kira 15,000 rakyat dijangka membanjiri stadium bagi menyaksikan persembahan sempena Hari Kemerdekaan yang banyak melibatkan generasi muda dan pasukan keselamatan.

"Persembahan selama dua jam bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi itu berkemampuan menjelmakan mesej 1Malaysia dengan pengisian yang lebih tepat,'' katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyaksikan raptai penuh upacara sambutan itu di stadium berkenaan di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Rais berharap rasa penyatuan dan kegembiraan menyambut kemerdekaan dapat dikongsi bersama di kalangan rakyat Malaysia menerusi persembahan yang ditonjolkan.

Berdasarkan raptai itu, beliau amat berpuas hati dengan segala usaha yang dilakukan jawatankuasa tersebut selain persembahan yang ditunjukkan para peserta.

"Saya tidak dapat nyatakan sama ada ia akan menjadi sambutan yang terbaik atau tidak, tetapi sambutan ini kena pada tempatnya dan sesuai dengan masa kita menyambutnya iaitu pada bulan Ramadan.

"Mungkin ada kekangan dari segi perbelanjaan serta tiada perarakan seperti di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, namun ia tetap ada keunikan tersendiri dan jika mendapat reaksi positif, tidak mustahil kita akan menganjurkannya di stadium yang lebih besar pada masa akan datang," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyeru rakyat negara ini agar terus mengibarkan Jalur Gemilang sesudah sambutan kemerdekaan berakhir.

"Selepas 31 Ogos terus kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara kerana kita bakal menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini," katanya.

From Utusan Malaysia


Wednesday, September 15, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke-53 2


Seluruh negara bergema laungan 'Merdeka'

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat nasional dan negeri lain tetap meriah walaupun diadakan pada bulan Ramadan.


Di ALOR SETAR, sambutan kemerdekaan peringkat negeri Kedah disambut secara sederhana dan ringkas namun tetap bersemangat apabila rakyat pelbagai kaum dan agama meraikannya di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman.
Sambutan kemerdekaan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat yang dianggotai tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Keenam, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Tok Jalai oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu"dzam Shah.Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Bertitah pada majlis itu, Sultan Kedah mengingatkan rakyat agar menghargai institusi raja berperlembagaan yang menjadi pegangan penyatuan bangsa Malaysia dalam menjamin kesejahteraan dan kemakmuran hidup.

Di KANGAR, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail membebaskan 53 ekor burung merpati sebagai simbolik kemerdekaan negara daripada penjajah di sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri yang berlangsung di Taman Merdeka.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang berucap di majlis itu menekankan peri pentingnya ikatan perpaduan rakyat yang berbilang kaum terus dimantapkan bagi memastikan nikmat kemerdekaan negara benar-benar dirasai.

Di KLUANG, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman turut bersama penduduk di negeri itu menyambut Hari Kemerdekaan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.
Acara kira-kira sejam itu disertai oleh 3,000 peserta daripada 81 kontinjen yang diisi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak dan penyampaian anugerah kepada kontinjen dan pakaian terbaik.

Di KUANTAN, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat ke majlis sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) yang dimeriahkan dengan perhimpunan seramai 3,060 peserta dari 51 kontinjen.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakub turut bersama rakyat negeri itu memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan di dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Di KOTA KINABALU, Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah menyertai perhimpunan dan perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat negeri yang membabitkan lebih 3,000 peserta di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.

Di SEREMBAN, sambutan kemerdekaan ke-53 peringkat Negeri Sembilan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini dengan penuh bersemangat apabila kira-kira 3,000 rakyat pelbagai kaum termasuk 182 kontinjen dari jabatan kerajaan, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO), meraikannya.Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan Hari Kemerdekaan diadakan malam tadi dengan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat di masjid-masjid di seluruh negeri itu dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menghadiri majlis di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam.

Di PULAU PINANG, lebih 4,500 orang mengambil bahagian dalam perbarisan sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri yang diadakan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri.
Turut hadir pada acara itu ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.




From Utusan Malaysia


Tuesday, September 14, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke-53 1

Semangat 1Malaysia terserlah - Rais

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini walaupun diadakan secara sederhana di tempat tertutup, namun berjaya memaparkan semangat 1Malaysia dan agenda kerajaan dalam membangunkan bangsa Malaysia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, walaupun mencipta sejarah kerana buat pertama kali diadakan secara tertutup, ianya mampu menyampaikan mesej secara jelas melalui pengisian persembahan yang padat khususnya semangat 1Malaysia.

"Persembahan dalam stadium (Putra, Bukit Jalil) seperti ini lebih selesa dan lebih mencernakan kehendak ramai dalam suasana yang tidak terkocoh-kocoh dan geraknya dapat kita kawal," katanya selepas sambutan kemerdekaan ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Rais berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan reaksi positif dan menganggap persembahan tahun ini cukup selesa dan penuh pengertian.

Katanya, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini yang diadakan secara tertutup bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mewujudkan semangat kebersamaan.

Bagi Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, walaupun diadakan secara sederhana ia menghidupkan semangat kemerdekaan dan patriotisme di kalangan semua yang hadir.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata, beliau berbangga dengan penyertaan anak muda dan golongan wanita.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sambutan kali ini membantu masyarakat untuk lebih memahami dasar-dasar kerajaan serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai pula berkata, beliau bangga melihat persembahan memberangsangkan terutamanya dengan penglibatan rakyat berbilang kaum.

"Komitmen kerajaan dalam NKRA, Model Baru Ekonomi dan semangat 1Malaysia telah dapat ditonjolkan melalui perpaduan dalam kepelbagaian latar belakang peserta," katanya.

From Utusan Malaysia